• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Isteri John Travolta Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

Pelakon popular Kelly Preston yang juga isteri kepada aktor terkenal John Travolta telah disahkan meninggal dunia.

Menurut laporan The Sun UK, Kelly yang pernah membintangi filem Jerry Maguire dan For Love Of The Game itu meninggal akibat kanser payudara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, pihak keluarga meminta agar semua pihak dapat menghormati privasi keluarga ketika ini.

Setelah menderita dan bertarung selama dua tahun akibat kanser, mendiang meninggalkan dua orang anak iaitu Ella, 20 dan Benjamin yang kini berusia sembilan tahun.

Dalam pada itu, seorang lagi anak mereka iaitu Jett telah meninggal dunia ketika usia 16 tahun pada tahun 2009. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend