Cerita ArtisHiburan

Isu Kontroversi Kesihatan Mental Diterjemahkan Zynakal Menerusi Perasaan

Pernah melalui episod hitam dalam kerjayanya pada tahun lalu akibat masalah kesihatan mental yang dihadapinya, Zynakal kali ini muncul dengan sebuah lagi single berjudul Perasaan yang menterjemahkan luahan rasanya berhubung isu tersebut.

Single Perasaan merupakan ciptaan penuh Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, 22. Lagu yang sarat dengan emosi ini bercerita tentang apa yang tersirat di kalbu Zynakal dalam menghadapi detik-detik sukar dalam hidupnya.

Sejak berkongsi video petikan lagu ini di laman Instagramnya pada 22 September lalu, video tersebut sudah ditonton lebih 260,000 kali dan mendapat reaksi positif peminat.

Menyifatkan lagu ini cerminan rasa apa yang ada di hati sanubarinya, Zyn berkata, “Daripada dulu, muzik menjadi wadah untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati. Lagu ini cuba menyelami perasaan mereka yang dalam kesedihan namun perasaan mereka itu diperlekehkan atau dinafikan.”

“Sudah menjadi lumrah manusia suka mengadili tanpa mengenali atau memahami dahulu seseorang atau sesuatu keadaan. Kadang-kadang kita lupa orang yang kita benci itu pun ada hati dan perasaan juga. Jadi berpada-padalah dalam setiap perbuatan, kerana kesannya ke atas orang lain kita tidak tahu. Itulah yang saya cuba sampaikan melalui lagu Perasaan ini,” jelas penyanyi ini lagi yang masih berduka di atas kehilangan ibu tersayang, Allahyarham Zuraidah Ibrahim pada 26 September lalu.

Single Perasaan yang diterbitkan dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia ini kini sudah boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button