AntarabangsaKpop

Jadual Terlalu Padat, Peminat Risau Keadaan Kesihatan Jaehyun NCT

Melihat kepada jadual terlalu padat yang dilalui Jaehyun NCT telah mendapat perhatian peminat apabila dia dilihat bekerja tanpa rehat dalam tempoh sebulan.

Sepanjang akhir bulan Oktober hinna pertengahan November ini menunjukkan Jaehyun bekerja tanpa henti dengan jadual hampir setiap hari.

Malah, seperti pada 1 November lalu dia juga terpaksa menjalani penggambaran muzik video dan drama pada hari yang sama.

Ternyata para peminatnya menyedari bahawa begitu letihnya Jaehyun apabila dia menyatakan dapat tidur adalah kebahagiannya buat masa ini ketika membuat panggilan video bersama peminat dan ketika itu juga dia tetap profesional, meskipun nampak keletihan.

Namun begitu, peminatnya bersyukur kerana Jaehyun tetap bersemangat. Ketika menjayakan konsert drive-in, dia sempat melayani para peminatnya. Malah, ketika menjalani penggambaran pula, dia sempat menegur dan melambai-lambai peminat dan pejalan kaki yang berada di sekitarnya.

Selain itu, mereka juga turut memujinya kerana mempunyai dedikasinya terhadap pekerjaan yang dilakukannya ketika ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button