• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Jang Ki Yong & Nana Teraju Utama Drama Terbaru ‘Blue Eyes’

Syarikat Bliss Media baru-baru ini mengumumkan pelakon Jang Ki Yong serta Im Jin-ah atau lebih dikenali sebagai Nana telah disahkan sebagai pelakon utama bagi drama bersiri terbaharu berjudul ‘Blue Eyes’.

Drama tersebut bakal ditayangkan di OCN (Orian Cinema Network) pada setiap hujung minggu bermula bulan Februari ini.

Blue Eyes’ yang bergenre romantik seram ini berkisar mengenai seorang lelaki yang perlu membunuh seseorang dan seorang wanita yang tugaskan untuk menangkapnya.

Ki Yong berperanan sebagai watak Kim Soo Hyun, iaitu pembunuh berkelas tinggi dan Nana pula memainkan watak sebagai detektif bernama Do Hyun Jin.

‘Blue Eyes’ diterbitkan oleh produser yang sama bagi drama ‘100-Days My Prince’ yang telah ditayangkan pada September tahun lalu iaitu Nam Sung Woo.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend