Cerita ArtisHiburan

“Jangan Bawa Perangai Babi Dalam Kehidupan” – Sufian Suhaimi

Tindakan penyanyi Sufian Suhaimi yang memuat naik status twitter berkenaan tahun 2019 merupakan Tahun Babi dalam kalendar Cina mengundang persepsi pelbagai pihak.

Ternyata status yang dimuat naik di twitter itu dilihat segelintir peminat dan netizen seakan-akan seperti ada kaitan dengan perkahwinan bekas tunangnya iaitu pelakon Elfira Loy yang berlangsung pada 1 Januari 2019.

“According to Chinese Calender, 2019 is the “Year Of The Pig”. Kita tinggalkan dia di situ je ya? Jangan bawa perangai babi dalam kehidupan,” tulisnya.

Malah, status Sufian untuk mendapat maklum balas ramai sehinggakan ada yang beranggapan penyanyi itu masih belum ‘move on’ lagi setelah hubungannya dan Elfira berakhir.

Pada pagi semalam Elfira telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar setelah mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018.

Sebelum ini, Sufian dan dan Elfira juga pernah bertunang pada Oktober 2017, namun hubungan kedua-duanya berakhir beberapa bulan kemudian. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button