Cerita ArtisHiburan

“Jangan Tutup Kilang Dulu Ye” – Aeril Zafrel Sahkan Wawa Zainal Hamil Anak Keempat

Pelakon Aeril Zafrel akhirnya telah mengesahkan spekulasi peminat mengenai isterinya yang juga pelakon popular, Wawa Zainal kini sedang hamil.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan sendiri oleh menerusi akaun Instagram miliknya.

Alhamdulillah ya Allah doa di makbulkan dapat baby no 4.. tinggal nak 1 je lagi. Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi.

“Doa yang baik2 ya🙏🏻🙏🏻 terima kasih semua. Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih syg. Jgn tutup kilang dulu ye,” jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, Aeril turut berharap agar mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Pada masa sama, pelakon berkenaan juga sempat berkongsi video pendek yang menunjukkan imbasan gambar bayi dalam kandungan dan Wawa yang kini sedang sarang mengandung.

Menjengah ke Instagram Wawa pula, dia teruja menggambarkan kemeriahan keluarga nya kelak apabila muncul anak keempat mereka.

Difahamkan kandungan pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin,30 ini sudah memasuki usia 7 bulan dan dijangka melahirkannya sekitar Oktober ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button