Cerita ArtisHiburan

Janna Nick Akan Sambut Puasa, Hari Raya Aidilfitri Di Rusia

Pelakon Janna Nick menyatakan sambutan bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sedikit berbeza buat dirinya apabila bakal menyambutnya di luar negara.

Janna berkata, dia akan menyambutnya di Rusia sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2018, di mana jenama telefon bimbit Vivo sebagai penaja utama dan dia merupakan duta kepada jenama tersebut.

“Saya akan bertolak ke Rusia empat hari sebelum Aidilfitri dan akan pulang ke Malaysia empat hari selepas bulan Syawal bersama-sama dengan pemenang yang menyertai peraduan anjuran Vivo.

“Sudah tentu saya cukup teruja memandangkan saya memang peminat sukan bola sepak dan peluang menyaksikan Piala Dunia adalah sesuatu yang sangat istimewa,” ujarnya kepada KopiPlanet.com.

Pelakon itu berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran pembukaan cawangan terbaharu Primavallet di Wangsa Maju semalam.

Menurut Janna, ia juga kali pertama dia menyambut puasa dan Aidilfitri di luar negara, malah akan membawa adiknya untuk menemaninya sepanjang berada di negara berkenaan.

Sementara itu, pengacara Melodi itu memberitahu dia kini sedang mengikuti kelas vokal untuk proses menghasilkan lagu single yang ketiga.

“Setakat ini belum ada tajuk lagi untuk single terbaharu saya. Ia akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti dan ia merupakan lagu berentak balada.

“Selain itu, sepanjang bulan puasa ini juga saya busy dengan penggambaran drama Hingga Ke Jannah untuk slot Samarinda bersama Fahrin Ahmad,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Foto: Instagram Janna Nick

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button