AntarabangsaKpop

Jay Park Berhasrat Asah Bakat Kumpulan Idol Baru Lepas Bersara

Penyanyi K-Pop yang mencipta nama di persada muzik antarabangsa, Jay Park, 33, melahirkan hasrat untuk menubuh dan mengasah bakat kumpulan idol baharu selepas dia bersara kelak.

Jay yang memiliki syarikat rakaman AOMG mengakui ia adalah satu perkara yang sukar untuknya menguruskan syarikat ketika dirinya masih lagi aktif menyanyi.

Menetapkan lagi dua tahun untuk bersara sebagai penyanyi, Jay berharap agar impiannya untuk melatih penyanyi baharu tercapai lebih-lebih dalam genre hip-hop.

Jay sebelum ini memulakan karier seni sebagai salah seorang ahli kumpulan 2PM sebelum dia mengambil keputusan bergerak solo.

Pelbagai kejayan yang telah diraih Jay di arena muzik global dan kemuncak kerjayanya apabila dia dipilih sebagai salah seorang juri untuk program Asia’s Got Talent di samping David Foster, Anggun dan Mel C. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button