• FOLLOW US
Fashion, Gaya Hidup

Jenama AS Legacy Tampil Dengan Koleksi Terbaharu Indahnya Raya

Jenama AS Legacy yang diasaskan oleh pasangan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzzaman dan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sekali lagi mengorak langkah dengan mengeluarkan sendiri koleksi fesyen di bawah jenama sama.

Dengan berkonsepkan Indahnya Raya, fesyen terbaharu daripada AS Legacy dihasilkan mengikut trend semasa dengan kualiti terbaik, tetapi dijual dengan harga mampu milik.

Antaranya, koleksi Satin Amelia dihasilkan dengan konsep flora dan abstrak, penuh warna-warni dengan kelembutan fabrik dan disertakan bungkusan kotak istimewa dengan harga RM100 untuk dua helai.

Selain itu, jenama berkenaan turut mengeluarkan koleksi Bawal Swarovski, tudung yang tampak mewak dengan kilauan batu Swarovski dan dijual dengan harga RM99.00 sehelai.

Tidak ketinggalan juga dengan keluaran Telekung Nurshahida yang direka oleh isteri usahawan tersebut. Dijual dengan harga RM129.00, ia dihasilkan dengan tiga pilihan warna serta menggunakan material ‘Japanese Cotton’.

Bagi mengubah persepsi masyarakat yang menganggap usahawan tersebut hanya menjual jamu dan kosmetik, AS Legacy turut tampil dengan koleksi fesyen lelaki iaitu Kurta Aliff dan Kain Pelikat Syukri.

Kurta Aliff yang menggunakan material ‘Cotton Silk’ dijual dengan harga RM69.00-RM99.00 sehelai, manakala Kain Pelikat Syukri dengan rekaan instant berpoket itu dijual dengan harga RM120.00 sehelai.

Dalam usaha untuk mengukuhkan jenama AS Legacy, usahawan tersebut turut menjual pelbagai jenis keperluan di bawah satu bumbung yang sama dengan terhasilnya AS Beauty, AS Health, AS Kitchen dan ASL Cosmetics.

Pada masa sama, turut diperkenalkan duta-duta produk untuk kesemua jenama tersebut iaitu Jalaluddin Hassan, Zarina Zainuddin, Erra Fazira dan Wany Hasrita. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend