• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Jennie Blackpink Pakai Skirt Pendek Sehingga Nampak Seluar Dalam

Salah seorang ahli kumpulan Kpop wanita terkenal Blackpink iaitu Jennie ternyata telah menarik perhatian peminat-peminatnya.

Ia gara-gara penyanyi itu memuat naik sekeping gambarnya di Instagram miliknya dan yang paling menjadi tumpuan apabila dia mengenakan skirt yang terlalu singkat.

Bukan itu sahaja, dengan skirt yang singkat sambil bergambar dalam keadaan duduk, ada peminat yang menyatakan ia terlalu seksi sehingga menampakkan seluar dalam.

“Ini sememangnya pakaian yang sangat sesuai ketika berada di Sepanyol. Seksi sangat!” ujar salah seorang peminat yang menulis komen di gambar berkenaan.

Ia merupakan sebahagian daripada beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Jennie ketika berada di negara Eropah berkenaan.

Kumpulan Blackpink baru sahaja selesai mengadakan konsert siri jelajah mereka di Eropah, di mana Barcelona menjadi lokasi terakhir konsert mereka. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend