Cerita ArtisHiburan

Jihan Muse Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Pengacara Gegar Vaganza 4 (GV 4), Jihan Muse dan suaminya, Ku Hariz disahkan bakal menerima cahaya mata sulung lelaki dalam satu pengumuman sebentar tadi.

Pengumuman itu dibuat Konsultan Perbidanan dan O&G Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Norleen Mohd. Salleh menerusi aplikasi Facetime dalam majlis sidang media pengumuman jantina anak sulung Jihan dan suami, Ku Hariz serta pelancaran program kapsul tv, Hi Mommy Jihan! di Kuala Lumpur, hari ini.

Ironinya, Jihan dan Ku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal, 32, juga sebenarnya baharu sahaja mengetahui mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan pada hari ini berikutan inginkan kejutan.

“Pada awalnya kami tak nak tahu sebab suka kejutan, sebab sebelum ini ada kawan kami jangka dapat anak perempuan, tetapi yang keluar lelaki. Jadi, kami tak nak jadi benda-benda macam ini.

“Tapi ikut naluri memang saya dah jangka bayi lelaki. Saya tak kisah dapat bayi lelaki atau perempuan tapi orang kata baik yang sulung lelaki sebab nanti dia boleh jaga adik-adik dia,” kata Jihan yang kelihatan teruja dengan pengumuman tersebut.

Majlis itu turut berjalan serentak dengan acara ‘baby shower’ bertemakan Bohemian yang turut dihadiri rakan artis seperti Fara Fauzana, Shila Amzah, Nad Zainal dan Nabila Huda.

Susulan baharu sahaja mengetahui jantina bayi mereka pada hari ini, pasangan selebriti ini mengakui yang mereka masih belum membeli barangan keperluan bayi walaupun Jihan dijangka bersalin pada awal Januari depan.

“Setakat ini memang masih belum buat persiapan beli barang-barang anak, ni dah tahu ini mungkin esok kami akan pergi cari,” seloroh Jihan yang mendedahkan sepanjang tempoh kehamilan, berat badannya naik sehingga 15 kilogram daripada berat asalnya iaitu 45 kg.

Jihan yang kini hamil 33 minggu berkata dia akan mengamalkan pantang mengikut cara tradisional orang Melayu dan akan berpantang di kediamannya di Shah Alam.

Pelawak berusia 34 tahun itu juga mengatakan dia lebih gemar mendengar sendiri pengalaman daripada ibu, ibu mertua dan rakan-rakannya sendiri mengenai pengalaman hamil mereka bagi mendapatkan informasi yang boleh digunakannya kelak.

“Saya suka merujuk ibu, ibu mertua dan kawan-kawan mengenai pengalaman mereka.

“Saya suka dengar pengalaman dari orang yang saya kenal, ambil sedikit sebanyak nasihat mereka mengenai hal kehamilan,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya tidakkah mereka mahu mewujudkan satu akaun Instagram khas bagi bakal putera mereka seperti yang sering dilakukan rakan selebriti lain, ini jawab Ku Hariz, “Sebenarnya kami tak fikir lagi. Saya ini sebenarnya seorang yang sangat menjaga privasi tapi tengoklah nanti macam mana. Kalau ada kebaikannya, mungkin kami akan buat nanti”.

Jihan dan Ku Hariz bernikah pada 20 Mac 2016 di Laman Kayangan, Shah Alam selepas sembilan tahun menyulam cinta.

Program tv Hi Mommy Jihan! bertujuan memberikan input dan pengetahuan mengenai isu keibubapaan lebih-lebih lagi buat pasangan muda.

Kapsul berdurasi lima minit itu akan ditayangkan pada setiap Selasa dan Rabu jam 10.55 malam.

Ia disiarkan menerusi Astro Ria (saluran 104) Ria HD (saluran 123) dan Youtube Meletop.

Rakaman vlog itu dibuat sendiri Jihan dan suaminya secara spontan tanpa sebarang skrip bermula sejak kandungan Jihan mencecah usia 31 minggu sehingga selepas Jihan bersalin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button