
Jinggo & Sheila Rusly Selesai Buat Laporan Polis Terhadap Fitnah Yang Dilemparkan Pengendali Sebuah Akaun Facebook
Pengarah Jinggo dan isterinya, Sheila Rusly sudah membuat satu laporan polis berhubung satu fitnah yang telah dilemparkan oleh sebuah pengendali Facebook.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Sheila menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya yang menujukkan suaminya memegang laporan polis yang dipercayai dibuat di Balai Polis Taman Melawati.
“Saya tak main-main bila melibatkan maruah keluarga,” tulisnya ringkas pada caption gambar berkenaan.
Sebelum ini, pengendali sebuah akaun Facebook memuat naik satu kenyataan yang mengatakan Sheila mahu memilih Janna Nick sebagai menantu, tetapi telah ditolak oleh pelakon berkenaan.
Sehubungan itu, Sheila telah meluahkan rasa berangnya terhadap tuduhan fitnah berkenaan, manakala Jinggo pula mahu mengambil tindakan undang-undang. – KopiPlanet.com



