• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Joe Flizzow Selamat Bertunang, Kahwin April Tahun Depan

Penyanyi hip hop, Joe Flizzow atau nama sebenarnya, Johan Ishak, 40, selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Nini Marini semalam.

Majlis pertunangan kecil-kecilan itu berlangsung di kediaman keluarga Nini yang terletak di Petaling Jaya, Selangor. Ia dihadiri lebih 50 ahli keluarga terdekat kedua belah pihak.

Menurut ibu Joe, Aishah Ali, anak sulungnya itu bakal mendirikan rumah tangga pada April tahun depan.

Sudah saling mengenali sejak 15 tahun lalu, hubungan pasangan ini mula rapat sejak tiga tahun lepas.

Gambar pertunangan mereka dikongsikan adik Nini, Didi Ramlan di Instagramnya dan posting itu meriah dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan serta peminat Joe yang turut berkongsi rasa gembira di atas berita tersebut. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend