AntarabangsaHollywood

Joe Jonas Umum Bertunang Dengan Sophie Turner

Penyanyi Joe Jonas, 28, dilaporkan bakal berkahwin dengan kekasihnya, pelakon siri Game of Thrones, Sophie Turner.

Sophie, 21, yang melakonkan watak Sansa Stark dalam drama tv popular itu memuat naik gambar sebentuk cincin berlian di laman Instagram beserta kapsyen, “Saya terima lamaran Joe.”

Joe turut sama memuat naik foto serupa dan kebanyakan peminat kedua-dua selebriti ini turut menzahirkan kegembiraan di atas berita tersebut.

Adik Joe, Nick Jonas turut mengucapkan tahniah kepada abangnya menerusi laman mikro Twitter, “Tahniah kepada abang saya dan bakal kakak ipar di atas pertunangan. Saya sangat menyayangi anda berdua.”

Joe merupakan bekas ahli kumpulan Jonas Brothers yang dianggotainya bersama Nick dan abang mereka, Kevin pada 2005.

Mereka kemudian berpecah pada 2013 dan Joe kini menganggotai band yang membawa genre muzik dance-rock, DNCE. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button