AntarabangsaKpop

Jungkook BTS Cipta Rekod Nama Paling Banyak Dicari Di TikTok

Ahli kumpulan BTS, Jungkook mencipta sejarah apabila tanda pagar namanya mendominasi carta TikTok sebanyak 15.6 bilion tontonan walaupun dia sendiri tidak mempunyai akaun media sosial tersebut.

Pencapaian terbaharu yang diraih Jungkook itu selari dengan kejayaan kumpulan BTS yang baharu sahaja memecahkan rekod dunia menerusi single terbaharu mereka, Dynamite.

Dynamite mencatatkan jumlah 100 juta tontonan di laman Youtube dalam tempoh masa 24 jam selepas ia disiarkan minggu lalu.

BTS mempunyai barisan peminat tegar yang digelar, Army yang sentiasa menyokong perjalanan karier seni mereka.

Selain Jungkook, umpulan yang bernaung di bawah agensi pengurusan Big Hit Entertainment itu dibintangi J-Hope, RM, Jin, Suga, Jimin dan V.

BTS mula ditubuhkan pada 2013 dan terkenal dengan lagu Fake Love, Black Swan dan Boy With Luv duet bersama penyanyi Amerika Syarikat, Halsey. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button