AntarabangsaKpop

Jungkook, Cha Eunwoo, Jaehyun, dan Mingyu Dikesan Langgar Jarak Sosial

Baru-baru ini empat anggota geng idol popular dilihat bersama-sama di Itaewon dengan mengabaikan jarak sosial yang dianjurkan untuk mencegah penyebaran COVID-19. Keempat-empatnya adalah Jungkook BTS (Bangtan Boys), Cha Eunwoo ASTRO, Jaehyun NCT 127 dan Mingyu Seventeen (II).

Menurut laporan eksklusif Dispatch, pada 25 April lalu Jungkook, Cha Eunwoo, Jaehyun, dan Mingyu berkumpul bersama di Itaewon. Sedangkan ketika itu Pusat Pengendalian Penyakit Korea (KCDC) mengeluarkan arahan supaya rakyat Korea berhati-hati dan menegaskan kepentingan menjaga jarak sosial.

Laporan tersebut menyatakan mereka mengesahkan khabar angin pertemuan Jungkook, Cha Eunwoo, Jaehyun dan Mingyu, di mana mereka mengunjungi sebuah restoran. Pertemuan mereka berlaku ketika bertambahnya kes baru yang terkait dengan Itaewon.

Bagaimanapun, Jungkook, Cha Eunwoo, Jaehyun dan Mingyu semuanya diuji negatif. Namun begitu, KCDC menetapkan bahawa mereka harus dikuarintin selama dua minggu iaitu sehingga 10 Mei.

Tidak lama kemudian, Cha Eunwoo dilihat menjalani promosi bersama ASTRO pada 7 Mei dan muncul di Cultwo Show serta Hidden Track. Diaa juga tampil di Music Bank pada 8 Mei dan Music Core pada 9 Mei.

Manakala Jaehyun melanjutkan tugas emcee untuk Inkigayo, muncul pada episode 26 April, 3 Mei, dan 10 Mei. Jungkook dan Mingyu pula tidak mempunyai jadual rasmi.

Seorang saksi dari Itaewon yang berada di restoran tersebut turut mengatakan, “Aku berada di tempat yang sama dengan (idol-idol tersebut) dan aku diuji negatif tetapi dikuarintin selama dua minggu. Itu lebih bermasalah jika orang bertindak seperti tidak ada yang terjadi dan berjalan seperti biasa.” – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button