Cerita ArtisHiburan

Kaitkan Bekas Isteri Dengan Muzik Video Takdir Kita, Daus Eli Mohon Maaf

Penyanyi Daus Eli telah membuat kenyataan maaf berhubung muzik video (MV) lagu Takdir Kita yang telah mengaitkan bekas isterinya.

Dalam kenyataan yang dibuat, Daus menyatakan video MV itu telah diturunkan oleh pihak Nova Music.

“Baru-baru ini saya telah mengeluarkan single Takdir Kita dan MV lagu berkenaan tiada lagi di YouTube.

“Ini kerana ia telah diturunkan oleh Nova Music kerana telah menyebabkan persepsi buruk terhadap bekas isteri saya,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, dia pernah mengeluarkan kenyataan tentang MV berkenaan berkait rapat dengan kehidupan perkahwinannya sebanyak 40 peratus.

Ujarnya, dia telah menarik semula kenyataan yang telah dibuat kepada pihak media sebelum ini.

“Dengan kenyataan rasmi ini saya ingin memohoin maaf terutamanya kepada bekas isteri ataupun mana-mana pihak yang berkait rapat dengan saya.

“Ingin ditegaskan kenyataan yang telah dkeluarkan beserta jalan cerita MV dalam lagu Takdir Kita merupakan kaedah promosi dan strategi pemasaran yang direkt untuk menarik perhatian peminat,” ujarnya.

Menurutnya, dengan kenyataan yang dibuat juga dia tidak akan mengaitkan lagi nama bekas isteri. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button