Cerita ArtisHiburan

Kamal Adli & Uqasha Didakwa Bakal Bercerai, Sudah Tidak Tinggal Sebumbung Sejak April Lalu

Pelakon popular, Uqasha Senrose didakwa bakal berpisah dengan suaminya, Kamal Adli setelah menfailkan penceraian pada 1 Oktover lalu.

Menerusi laporan portal mStar, Uqasha atau pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen dikhabarkan hadir ke mahkamah bagi menghadiri prosiding sebutan cerai kali pertama hari ini.

Difahamkan, rumah tangga pasangan berkenaan sudah mula berhadapan dengan masalah sejak April lalu, namun tiada kaitan dengan pihak ketiga.

Malah, Uqasha dan Kamal turut dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung memandangkan Uqasha kini menetap di rumah ibunya.

Sebelum ini, pasangan itu sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila didakwa sudah tidak lagi saling mengikuti di laman Instagram. 

Sebelum ini, sudah timbul dakwaan rumah tangga mereka bermasalah, manakala Uqasha turut meminta bukti sekiranya ada yang ternampak dia hadir ke mahkamah syariah. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: mStar Online

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button