• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Kanye West Tuduh Drake Ancam Keselamatan Keluarganya

Penyanyi Kanye West kini kembali berseteru dengan rakan artis apabila dia menuduh Drake telah mengancam keselamatan ahli keluarganya.

Tuduhan tersebut dimuat naik di twitter peribadinya, @KanyeWest sehingga ia amat mengejutkan banyak pihak. Namun begitu, Drake memilih tak memberi tanggapan pada Kanye di Twitter.

“Tidak akan muncul Drake tanpa Kanye West, jadi jangan pernah membuat sebarang ancaman. Kamu tidak menghargai orang lain dengan mental terganggu. Ini adalah kesempatamu untuk berkembang,” ungkapnya di Twitter.

Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa ‘Kiki’ dalam lagu In My Feelings adalah untuk Kim Kardashian. Isteri penyanyi berkenaan memang dipanggil Kiki oleh beberapa temannya, tetapi Kim menolak tuduhan bahawa dia dan Drake pernah menjalinkan sebarang hubungan.

Pada masa sama, Kim membela suaminya dengan memuat naik di Twitter, “Drake, jangan pernah mengancam suami atau keluarga kami. Dia yang membuka jalan agar kau sekarang seorang Drake,” tulis Kim.

Meskipun dilihat membela suaminya itu, ternyata Kim tidak sepenuhnya menyokong tindakan suaminya. Namun, Kim sedar ia harus menyokong tindakan yang dilakukan suami di hadapan umum.

“Kim sedar ia harus melakukan ini sebagai isteri Kanye. Mereka adalah umpama sebuah pasukan dan Kim akan selalu menyokong, tetapi tidak bererti drama yang dilakukan Kanye tidak memberi kesan negatif pada Kim,” jelas sumber terdekat penyanyi itu. – KopiPlanet.com.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend