• FOLLOW US
Event, Gaya Hidup

Karnival Jualan Bling Bling Jelajah 4 Lokasi Seluruh Negara

Satu karnival terbaharu iaitu Karnival Jualan Bling Bling Tour 2019 akan diadakan bagi memberi peluang kepada selebriti dan peniaga untuk mengetengahkan produk jualan mereka kepada orang ramai.

Menurut wakil penganjur Kiswah Concept, Datuk Seri Ismail Abdurrahman, karnival ini akan diadakan di sebanyak empat buah negeri bermula bulan Mac hingga Mei. Ia turut diadakan dengan kerjasama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIpo).

“Karnival ini berkonsep kekeluargaan, pelbagai jenis produk boleh didapati di tapak acara seperti fesyen, kosmetik, makanan dan banyak lagi. Karnival ini memberi peluang kepada para selebriti memperkenalkan produk mereka sambil mendekati peminat.

“Di samping itu, peniaga juga akan bekerjasama dengan MyIpo bagi memberi ruang MyIpo menyalurkan maklumat terus kepada para usahawan mengenai peranan MyIPo semasa acara berlangsung,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran Karnival Jualan Bling Bling Tour 2019 yang diadakan di Embassy, The Starling Mall, Damansara baru-baru ini.

Empat lokasi yang dipilih bagi memeriahkan karnival itu ialah di Bling Bling Melaka Fest yang diadakan pada 29, 30, 31 Mac di Melaka Mall, (Bling Bling Pantai Timur Fest, 26 & 27 April di Taman Tamadun Islam, Terangganu), (Bling-Bling Kita Raya KL, 17, 18, 19 Mei di Glo Damansara) dan (Bling Bling Kita Raya JB, 24, 25, 26 Mei).

Sempena karnival ini juga, ikon fesyen Wak Doyok telah dilantik sebagai duta kerana imejnya yang sinonim dengan arena fesyen dan gentlemen’s wear.

“Saya berbesar hati dilantik sebagai duta karnival dan saya juga akan buka gerai jualan menjual produk-produk saya sendiri di empat lokasi karnival.

“Peranan saya adalah untuk bersama-sama mempromosi dan menghebahkan karnival ini kepada pengunjung sasaran. Ia akan juga dilakukan di semua platform media sosial saya bersama rakan-rakan artis yang terlibat sama,” ujarnya.

Selain Wak Doyok, antara selebriti lain yang akan membuka gerai jualan ialah Fitri Haris, Izzue Islam, Zoey Rahman dan kumpulan nasyid Raihan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dirangka pihak penganjur bagi menarik kunjungan orang ramai antaranya, persembahan artis, demo ‘make up’, pertandingan klon Wak Doyok dan Cosplay Costumes. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend