Cerita ArtisHiburan

Presiden Karyawan Mahu Jumpa Perdana Menteri Berhubung Isu Royalti Artis

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez mahu berjumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyelesaikan isu berhubung royalti artis.

Freddie berkata, pertemuan bersama Perdana Menteri itu akan dibuat sekiranya kemelut mengenai isu berkenaan tidak dapat diselesaikan.

“Saya dah lawan mengenai perkara ini  selama 20 tahun dan ini kali terakhir saya akan berusaha untuk menyelesaikannya.

“Jika tidak, saya akan gunakan saluran untuk berjumpa dengan Perdana Menteri dah menerangkan tentang masalah ini. Lagipun beliau juga mempunyai seorang anak yang juga merupakan seorang penyanyi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar berkenaan isu royalti artis yang berlangsung pada hari ini.

> Baca: Sepanjang 16 Tahun Jadi Penyanyi, Farahdhiya Dedah Hanya Sekali Dapat Royalti

Sebelum ini, timbul isu berkenaan royalti yang tidak diagihkan kepada artis oleh badan pengutip royalti.

Malah, ada artis yang turut bersuara apabila hanya mendapat ringgit sahaja duit royalti, meskipun sudah belasan tahun menjadi artis.

Isu ini juga telah mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah melakukan siasatan mengenainya.

Dalam pada itu, Freddie juga menggesa supaya Pengerusi Recording Performance Malaysia (RPM), Datuk Sheila Majid supaya segera meletakkan jawatan.

Menurut beliau, sejak tahun 2018 RPM menjadi badan untuk mengutip royalti artis setelah Performer’s Rights Interest Society Of Malaysia (PRISM) dibubarkan.

“RPM macam tidak bermaya, jarang buat kenyataan kepada ahli tentang royalti. Saya juga sudah 50 kali menyuruh Sheila meletakkan jawatan.

“Namun, dia kata takkan buat apa-apa kenyataan sehingga penyiasatan SPRM habis dan mungkin akan ambil masa hingga dua tahun,” ujarnya yang juga merupakan ahli RPM.

Ujarnya, setakat ini pihaknya sudah membuat petisyen yang sudah ditanda tangan seramai 114 artis yang menjadi RPM.

Selain itu, dia juga memberitahu seramai 67 ahli PRISM yang turut memberi mandat kepadanya untuk mengatasi masalah ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button