Cerita ArtisHiburan

Sepanjang 16 Tahun Jadi Penyanyi, Farahdhiya Dedah Hanya Sekali Dapat Royalti

Penyanyi Farahdhiya mendedahkan bawah sepanjang 16 tahun dalam industri hiburan, baru sekali sahaja dia merasai duit royalty sebagai penyanyi.

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi itu juga mahu hak dia dan penyanyi-penyanyi lain dapat dikembalikan.

“Alhamdulillah. Sejujurnya saya yang baru 16 tahun dalam industri hiburan ni baru sekali sahaja dpt merasa duit royalti sebagai penyanyi.

“Yes, sekali sahaja dalam 16 tahun. Sila kembalikan hak-hak kami semua kepada yang berkenaan,” tulisnya.

Sebelum ini, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap sejumlah RM30 juta royalti yang tidak dibayar kepada artis.

Dalam pada itu, Farahdhiya turut mendedahkan dia pernah berhubung dengan individu yang bekerja dalam syarikat yang menguruskan royalti artis, namun tiada jawapan yang diterima.

“Ada jugak saya mesej bertanya kepada individu yang bekerja bersama dalam satu company yang menguruskan hal royalti artis, tetapi tidak berjawab.

“Bila nak panggil meeting untuk dapat sokongan/isi borang pandai pulak cari kita. Semoga ada penyelasaian untuk kami semua, it’s about time!,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Farahdhiya

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button