Cerita ArtisHiburan

Keadaan Kembali Pulih & Semangat Ibu Sandra Semakin Kuat, Tak Lupa Buat Wakaf Untuk Arwah

Ibu kepada penyanyi Allahyarham Sandra Dianne, Nor Syakinah memberitahu keadaanya kini kembali pulih dan semangatnya semakin kuat setelah kehilangan anak tersayang.

Ujar Nor Syakinah, ia adalah berkat daripada doa ahli keluarga serta peminat-peminat arwah anaknya.

“Alhamdulillah, selepas empat bulan pemergiaan Sandra, semangat saya kembali pulih dan semakin kuat. Bagi saya ia adalah berkat doa ahli keluarga dan peminat arwah.

“Malah, peminat arwah juga sentiasa bertanya khabar serta memberi semangat di laman sosial. Saya anggap ujian ini menjadikan saya lebih dekat dan sentiasa ingat Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi sidang media secara virtual yang diadakan baru-baru ini.

Dalam pada itu, ibu arwah yang menetap di Sabah menyatakan dia tidak lupa bekalan untuk arwah anaknya.

Ujar beliau, ketika ini dia menjual baju T dan buku nota di laman sosial. Hasil jualan tersebut dibuat sebagai wakaf.

“Setakat ini terdapat beberapa perancangan dibuat untuk bekalan arwah di akhirat. Antaranya dengan  baju T dan buku nota arwah di laman sosial, hasil jualan itu dijadikan sebagai wakaf,” katanya.

Terdahulu, Sandra dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan daripada nahas jalan raya.

Allahyarham ketika itu sedang bertanding untuk program Big Stage musim ketiga.

Sementara itu, setelah pelancaran single Allahyarham berjudul Sandra bulan lalu, kini video muzik rasminya pula dilancarkan pada Rabu lalu.

Menurut Syakinah, sejak single berkenaan mula dilancarkan pada 18 Disember lalu, dia terkejut ketika mendengarkannya kerana sudah lama dia berhasrat untuk arwah anaknya menyanyikan genre sebegitu.

“Saya pernah memberitahu arwah sebelum ini yang saya mahu dia menyanyikan genre sebegitu dan tak sangka pula dia betul-betul merealisasikannya.

“Bagi saya ia merupakan satu kejutan untuk saya, dia sudah tunaikan hasrat saya sebelum dia pergi,” katanya.

Untuk muzik video Sandra, ia memaparkan bayang-bayang seorang wanita mirip Allahyarham yang menyampaikan lagu tersebut.

Malah, perkara itu turut diakui oleh Syakinah yang memberitahu lenggok pergerakan wanita berkenaan mampu mengubati rindunya terhadap Sandra.

“Untuk muzik video ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada individu di sebalik skrin itu, Tidak kira sesiapa pun dia, yang pastinya dia mampu membuat lenggok pergerakan dan cara arwah dengan sangat baik.

“Jadi, ia juga Sedikit sebanyak, ia mampu mengubati rindu saya terhadap Allahyarham,” katanya lagi.

Muzik video rasmi Sandra telah dilancarkan menerusi platform Vevo dan YouTube rasmi (Sandra Dianne Official) untuk tontonan umum. Muzik video tersebut turut menampilkan kumpulan Here Comes July sebagai penampilan khas. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button