
Keadaan Kesihatan Kurang Memuaskan & Paras Oksigen Menurun, Siti Sarah Telah Dikejarkan Ke HUKM
Penyanyi popular Siti Sarah Raissuddin dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, penyanyi berkenaan yang kini sedang sarat mengandung telah dibawa dengan ambulans kira-kira pukul 6.30 petang untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Mereka sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut.
Sebelum ini, Sarah dan Shuib serta anak-anak mereka telah disahkan positif Covid-19 dan mereka sekeluarga menjalani kuarantin di rumah.
Dalam pada itu, Shuib memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan selamat tanpa sebarang masalah. – KopiPlanet.com
* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan



