
Kehilangan Insan Tercinta, Ibu Amy Search Meninggal Dunia Petang Semalam
Penyanyi legenda rock tanah air, Suhaimi A. Rahman atau Amy Search kehilangan insan tercinta apabila ibunya meninggal dunia petang semalam.
Perkara berkenaan telah dikongsikan oleh Amy menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.
“Doakan Ibu saya Hajjah Fatimah Haji Idris telah kembali kerahmatullah sebentar (petang) tadi.
“InsyaAllah Arwah Mak akan dimandikan esok jam 8 pagi di Masjid Kuning Kota Damansara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9 Kota Damansara,” ujarnya.
Amy berkata, arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir di rumah anak saudaranya yang teletak di Kota Damansara.
“Arwah menghembuskan nafas terakhir di Kota Damansara Rumah Anak Saudara di Sunway Rimba Hills Kota Damansara jam 6 petang tadi (semalam) dan disahkan oleh penolong kanan Hospital SgBuloh jam 10.45 malam,” jelasnya.
Dalam pada itu, rakan-rakan artis serta peminat turut mengucapkan takziah kepada penyanyi berkenaan. – KopiPlanet.com