Cerita ArtisHiburan

Keith Foo Akui Sudah Bercerai Dengan Kim Raymond

Pelakon Keith Foo mengesahkan bahawa dia kini sudah bercerai dengan model iaitu Kim Raymond sejak Disember tahun lalu.

Keith berkata, dia dan bekas isteri sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak dua tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.

“Saya dan Kim berpisah sejak dua tahun lalu, namun secara rasminya kami bercerai pada Disember tahun lalu.

“Meskipun tidak lagi bersama, saya masih menjaga hubungan baik dengan bekas isteri demi anak, Skylar Raymond Foo,” katanya.

Ujar Keith, biarpun rumah tangga yang dibina sekadar bertahan dalam tempoh sekejap, dia bersama bekas isteri telah sepakat untuk mengekalkan hubungan baik.

“Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri.

“Anak pula kini tinggal dengan bekas isteri,  namun setiap hari saya akan cuba mencari ruang untuk bersama anak. Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya,” katanya.

Menurutnya lagi, perceraian adalah jalan terbaik bagi kedua-dua belah pihak sebelum hubungan mereka menjadi lebih parah.

“Kami berpisah secara baik, Dan perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa atau tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang.

“Kalau dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk akan terjadi nanti. Sekarang, situasi yang kami hadapi jadi lebih baik,” katanya.

Keith dan Kim mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata pada 30 Mei 2017. – KopiPlanet.com

 

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button