Cerita ArtisHiburan

Permohonan Faraq Hafiz, Joy Tunda 9 November

Susulan isu pengesahan dan penceraian perkahwinan terdahulu Siti Arifah Amin atau Joy Revfa dengan bekas suaminya Ray Imran masih lagi dibicarakan,Mahkamah Rendah Syarie Shah Alam hari ini telah menangguhkan permohonan faraq (pembubaran perkahwinan) yang dimohon Joy bagi perkahwinannya dengan selebriti Hafiz Hamidun.

Pihak mahkamah menerusi Hakim Mohd Hisham Mohd Zakaria telah menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 9 November ini.

Dalam prosiding yang bermula jam 10.15 pagi tadi, Joy diwakili peguam syarie Aznur Dollah manakala Hafiz diwakili peguam Azmi Mohd Rais.

Joy, 30, sebelum ini telah memfailkan permohonan faraq di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari pada 18 Ogos lalu.

Permohonan tersebut dibuat selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah dan enggan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami.

Pasangan ini diijabkabulkan pada 1 Mei lalu di Masjid Negeri, Shah Alam selepas mengikat pertunangan pada 23 Mac 2017.

Joy yang merupakan usahawan produk kosmetik mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Aryan Firdaus, 3, hasil perkahwinan terdahulu. – KopiPlanet

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button