AntarabangsaHollywood

Khabar Angin Tentang Suami Jennifer Lopez Berlaku Curang Tidak Benar

Khabar angin yang tersebar mengatakan tunang kepada Jennifer Lopez iaitu Alex Rodriquez berlaku curang dengan bintang realiti televisyen, Madison LeCroy adalah tidak benar.

Menurut seorang sumber, Alex yang juga bekas seorang atlet itu tidak pernah bertemu dengan Madison atau membuat panggilan video dengannya.

“Dia (Rodriguez) tidak pernah berjumpa atau berbual dengan wanita itu dalam mana-mana acara.

“Yang pasti dia tidak mengenali perempuan itu. Memang Rodriguez dengan jelas tidak bercinta dengannya,” kata sumber berkenaan.

Gosip berkenaan timbul setelah Alex dituduh membuat panggilan video FaceTime kepada Madison menerusi seorang bintang Southern Charm iaitu Danni Baird.

Sementara itu, bekas atlet yang kini sudah bertunang dengan JLo masih belum memberi sebarang maklum balas mengenainya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button