Cerita ArtisHiburan

Kilafairy Ambil Pendekatan Tidak Mahu Lagi Tampil Dengan Imej Seksi

Sempena dengan kehadiran tahun 2020, penyanyi dan juga pelakon Kilafairy berazam untuk tampil dengan imej yang lebih bersih dan tidak mahu lagi berimej seksi.

Kilafairy atau pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan itu berkata, perubahan yang dilakukan itu seiring dengan kematangan diri.

“Pastinya perubahan ini seiring dengan kematangan dan ia seperti satu isyarat atau panggilan kepada diri sendiri. Dalam hidup ini kita sentiasa berusaha mahu jadi lebih baik dan memperbaiki diri. Step by step… insyaAllah.

“Ini semua berkat doa ibu bapa juga. Sempena tahun baharu, 2020 ini saya mahu mulakan sesuatu yang segar dan bersih. Saya cuba elak atau tidak mahu lagi orang di luar sana nampak diri ini dengan terjemahan seperti … oh badan dia cantik mahupun seksi,” ungkapnya.

Menurut pelantun lagu Put The Word In itu, dia lebih selesa sekiranya mereka di luar sana melihatnya daripada sudut bakat dimiliki, selain usaha yang dilakukannya untuk terus menjadi usahawan berjaya menerusi produknya iaitu KILAFIT.

“Pada masa sama, Saya mahu memberi contoh yang baik kepada penyokong dan mereka yang menggunakan KILAFIT serta mahu menjadi insan yang lebih baik.

“Sebenarnya sudah tujuh bulan saya cuba untuk menjaga penampilan dan sebagainya. Lagipun usia saya bukan semakin muda dan sebab itu perlu adanya perubahan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kilafairy turut menjelaskan bahawa perubahan imejnya itu seiring dan selaras dengan apa yang mahu diperjuangkan KILAFIT, apatah lagi dengan perkembangan ejen dan stokis jenama berkenaan yang semakin meningkat.

“Saya mahu bangkit dengan perniagaan KILAFIT yang telah diusahakan sejak lebih setahun yang lalu kerana ingin berikan solusi penurunan berat badan terbaik tanpa kesan sampingan.

“Alhamdulillah, misi itu berjaya dicapai menerusi testimoni yang menggunakan produk saya secara konsisten. Pelanggan dan pengguna produk saya boleh turun berat badan dengan selamat secara purata lapan kilogram dalam tempoh sebulan,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button