• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Kim Ji Suk Bocor Rahsia Lee Dong Gun Dah Kahwin

Pelakon Kim Ji Suk baru-baru ini mendedahkan Lee Dong Gun dan kekasihnya, Jo Yoon Hee sudah pun berkahwin secara senyap-senyap.

Ji Suk membuat pendedahan itu semasa sesi sidang media drama 20th Century Boy and Girl.

Kim Ji Suk secara tidak sengaja telah mendedahkan kepada pihak media mengenai berita perkahwinan Lee Dong Gun dan Jo Yoon Hee.

“Disebabkan majlis gala drama ini ditunda, saya dapat menghadiri majlis perkahwinan kawan baik saya Lee Dong Gun dan Jo Yoon Hee,” katanya.

Dong Gun dan Yoon Hee dipercayai mengadakan pernikahan dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Selepas berita perkahwinan mereka terbongkar, Dong Gun dan Yoon Hee memohon maaf kepada peminat dan pihak media kerana menyembunyikan perkara tersebut.

Mereka dikatakan menyembunyikan hal perkahwinan itu kerana enggan diganggu media pada majlis bahagia tersebut. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend