
Kisah Seram Serantau Jadi Inspirasi Terbit 6 Siri Folklore
HBO Asia mengambil inisiatif menerbitkan siri antologi seram, Folklore yang merangkumi enam episod kisah-kisah seram dari negara Asia seperti Malaysia, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Thailand.
Folklore akan memulakan tayangannya pada 7 Oktober ini secara eksklusif di saluran HBO (Astro 411 dan 431 HD).
Folklore merupakan Siri Asal HBO Asia yang diterbitkan oleh Zhao Wei Films dan dihasilkan oleh pengarah filem, Eric Khoo. Enam pengarah yang terlibat dalam siri ini ilah Ho Yuhang dari Malaysia, Joko Anwar ((Indonesia), Takumi Saitoh (Jepun), Lee Sang Woo (Korea Selatan), Eric Khoo (Singapura) dan Pen-Ek Ratanaruang (Thailand).
Ia turut menggabungkan pelakon berbakat dari rantau Asia seperti Bront Palarae menerusi karya dari Malaysia berjudul Toyol, Kazuki Kitamura yang pernah berlakon dalam filem Hollywood, Kill Bill serta bintang Running Man, Lee Chae Yeon.
Tarikh Tayangan
Episod 1: A Mother’s Love (Indonesia) ditayangkan pada 7 Oktober, 10 malam.
Episod 2 : Tatami (Jepun) ditayangkan pada 14 Oktober, 10 malam.
Episod 3: Nobody (Singapura) ditayangkan pada 21 Oktober, 10 malam.
Episod 4: Pob (Thailand) ditayangkan pada 28 Oktober, 10 malam.
Episod 5: Toyol (Malaysia) ditayangkan pada 4 November, 10 malam.
Episod 6: Mongdal (Korea Selatan) ditayangkan pada 11 November, 10 malam. – KopiPlanet.com
Kredit foto: HBO Asia