EventHiburan

Konsert 4G’s Terpaksa Ditangguhkan Lagi Berikutan Langkah PKPB

Penganjur Konsert 4G’s memohon maaf kepada semua peminat dan pihak yang terlibat berikutan terpaksa menangguhkan Konsert 4G’s yg di jadualkan akan berlangsung pada 11 & 12 Disember ini di Panggung Sari Istana Budaya.

Penangguhan ini terpaksa di lakukan berikutan pengumuman Kementerian Pertahanan Malaysia bahawa seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan situasi Covid-19 yang mash belum reda dan sentiasa mencatat kes yang besar setiap hari di seluruh khasnya di Lembah Kelang.

Arahan pihak berkuasa Malaysia juga melarang sebarang acara di hadiri penonton kepada kawasan atau negeri yang dikenakan PKPB.

Atas faktor keselamatan & kesihatan semua pihak termasuk peminat, artis, pemuzik serta pekerja yang terlibat telah berbincang dengan pihak berkuasa juga Istana Budaya dan MOTAC serta pelbagai pihak, penganjur mengambil tanggung jawab untuk menangguhkan Konsert 4G’s ini ke suatu tarikh baru yang akan di umumkan dalam masa terdekat sekiranya keadaan Covid-19 ini kembali reda dan terkawal.

Sekali lagi penganjur memohon maaf di atas penangguhan ini dan berjanji Konsert 4G’s ini akan berlansung segera apabila situasi kembali stabil.
Penganjur juga memohon mendoakan semoga keadaan segera pulih dan juga mendoakan kesihatan & kesejahteraan semua peminat & rakyat Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button