EventHiburan

Konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia Pada 2 Februari 2019

Berita baik buat sekalian Baladewa apabila apabila band terkenal Indonesia, Dewa 19 sah akan beraksi di negara ini pada 2 Februari 2019 menerusi konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, konsert anjuran Nizra Production itu akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

“Tidak ada yang lebih hebat daripada mendengar kata ‘yes’ daripada Ahmad Dhani dan kami berjaya membawa sekali Ari Lasso bersama Once.

“Ia buat pertama kalinya mereka akan bergabung di atas satu pentas di Malaysia. Konsert ini bakal menempa sejarahnya yang tersendiri,” ujar Nik Iruwan dari Nizra Production.

Menurutnya, Dewa 19 dijangka membawa sekitar 30 hingga 35 lagu-lagu hit daripada ratusan katalog hit yang dimiliki band ini menerusi album pertama sehingga yang terakhir, Kerajaan Cinta yang dihasilkan sekitar 11 tahun lalu.

Untuk rekod, Dewa 19 Reunion Live In Malaysia ini juga bakal menjadi saksi kehadiran Dewa selepas hampir 10 tahun tidak melakukan persembahan di sini.

Sementara itu, Ahmad Dhani selaku ketua kumpulan pula mengakui mereka sudah semestinya sangat teruja untuk mengadakan persembahan di Malaysia.

“Kami bersedia untuk kembali menghiburkan peminat di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada Baladewa di sini. Sampai ketemu semua!,” ujar Dhani pula.

Istimewanya, tiket yang mula dijual pada 7 November 2018 pukul 10 pagi akan diberi potongan 10 peratus untuk jualan EARLY BIRD dalam tempoh 48 jam!

Setiap pembelian tiket boleh diperoleh menerusi laman web www.ticketcharge.com.my. Lawati laman sosial rasmi konsert ini atau boleh hubungi Info Hotline di 017-2792118 untuk keterangan lanjut. – KopiPlanet.com

*Jenis tiket untuk Konsert Dewa 19 Reunion Live In Malaysia
RM238 – Cat 3 (Reserved seating)
RM358 – Cat 2 (Baladewa Standing Zone)
RM458- Cat 1 (VIP Reserved Seating)
RM888 – Cat VIP (Meet and Greet Reserved Seating)

Kredit foto: YouTube Kincir.com & Nizar Production

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button