EventHiburan

Konsert POP UP MUZIK Jadi Platform Rapatkan Artis Asia Bersama Peminat Di Malaysia

Hype Live dan Black Sky Enterprise dengan bangga mempersembahkan POP UP MUZIK, sebuah inisiatif muzik baharu yang diwujudkan untuk merapatkan artis-artis Asia dengan peminat di Malaysia.

Edisi perdana ini menampilkan secara eksklusif Armada, band legenda dari Indonesia dengan koleksi lagu malar segar yang terus menjadi siulan, serta kumpulan pujaan ramai Batas Senja, yang semakin mendapat tempat di hati pendengar Malaysia dengan karya puitis penuh emosi.

Berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 Oktober 2025, POP UP MUZIK ternyata bukan sekadar konsert biasa. 

Selari dengan misi Hype Live, acara ini dicipta sebagai penghubung budaya dan muzik rentas negara, memberikan peminat sebuah pengalaman yang lebih intim, interaktif dan penuh momen istimewa.

“Kami tahu peminat di Malaysia sudah lama merindui peluang untuk berinteraksi lebih dekat dengan artis kegemaran mereka dari luar negara. 

“POP UP MUZIK adalah jawapan kepada kerinduan itu – sebuah platform yang memberikan pengalaman peribadi dan mesra bersama artis, termasuk sesi Meet & Greet dan peluang bergambar eksklusif,” kata Dipta, Ketua Pegawai Eksekutif, Hype Live.

Selaku penerbit bersama, Willy Dozan yang mewakili Black Sky pula menganggap percaturan membawa dua band ini sebagai satu langkah berani memandangkan mereka belum pernah muncul bersama di panggung POP UP MUZIK bersama di Kuala Lumpur, Malaysia.

“Pihak kami bersyukur dengan sambutan hangat yang diberikan oleh penggemar terhadap Armada dan Batas Senja, pihak kami tidak meragukan bahawa persembahan kali ini melibatkan dua band terkenal ini akan menghiburkan dan meninggalkan memori indah pada pengunjung dan peminat di Zepp kuala lumpur nanti,” ujarnya. 

Armada bakal menggegarkan pentas dengan lagu-lagu popular mereka seperti Asal Kau Bahagia dan Pergi Pagi Pulang Pagi yang pasti membuat seluruh dewan bergema dengan nyanyian bersama. 

Manakala, Batas Senja pula bakal menyentuh emosi dengan karya indah mereka seperti Nanti Kita Seperti Ini, Kita Usahakan Lagi dan Menceritakanmu.

Dengan gabungan artis hebat ini, POP UP MUZIK menjanjikan sebuah malam penuh warna, emosi tapi harmoni, serta pengalaman yang akan dikenang lama oleh setiap pengunjung.

Tunggu apa lagi? Ayuh! Sertai ribuan peminat lain untuk jadi sebahagian daripada malam penuh emosi dan magis nanti. Tiket sudah mula dijual di HYPELIVE-MY.TIXR.COM/POPUPMUZIK. Jangan ketinggalan! – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button