
Kumpulan Venus Pertaruhkan Single Sulung Berjudul Sakitnya Hati
Sebuah lagi kumpulan muncul untuk mewarnai industri seni tempatan iaitu Venus yang kini mula mengorak langkah dalam indusri muzik Malaysia dengan tampil menerusi single sulung iaitu Sakitnya Hati.
Ditubuhkan pada pertengahan tahun 2019 mereka dianggotai Puteri sebagai vokalis, Ayoy sebagai pemain bass, Lan sebagai pemain gitar utama, Adi sebagai pemain gitar kedua dan keyboardist serta Hafis sebagai pemain dram.
Adi selaku penulis lirik berkata, Sakitnya Hati merupakan sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwa remaja.
“Tidak hanya itu, single ini boleh diterjemahkan sebagai 100 peratus berkait ruang lingkup kehidupan personal dan karier seninya.
“Lagu ini dicipta oleh Joe Slash manakala liriknya pula ditulis bersama Puteri, Lan, Adi, Hafis dan Ayoy,” ujarnya.
Menurut Adi, mereka berharap supaya Venus akan lebih dekat dengan generasi baharu dan pergorbanan mereka dapat memberi impak yang positif serta diterima oleh pendengar muzik tanah air.
Ujarnya, mereka memilih lagu berkenaan sebagai lagu pertama kerana ia relevan dengan arus industri muzik di negara ini buat masa sekarang.
“Kelainan single ini jika dibandingkan dengan lagu-lagu masa kini ialah keindahan melodi dan digarap liriknya yang matang.
“Tidak hanya itu, saya turut menekankan aspek vokal secara total. Begitupun, kalau didengari semula, susunan muzik untuk lagu ini lebih moden,” kata Adi yang juga merupakan vokalis utama Kumpulan 6ixth Sense.
Menyambung bicara, Adi memberitahu pembikinan dan proses di belakang tabir untuk single ini memakan masa selama tiga bulan sebelum ia siap sepenuhnya.
Jelasnya, selain itu dia dan rakan-rakan Venus yang merupakan pemuzik sepenuh masa, manakla Puteri merupakan penuntut bidang undang-undang di UiTM.
“Harapan kami agar single ini bakal meraih tumpuan peminat sekali gus dapat memberi sokongan terhadap sumbangan kecil hasil seni saya bersama komposer yang terlibat.
“Tidak ketinggalan, saya sentiasa berambisi tinggi untuk terus menghadirkan lagu-lagu berkonsep unik dan moden bagi lebih mewarnai kanvas bidang hiburan tempatan,” ujarnya. – KopiPlanet.com



