
Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri disifatkan menjadi kerana bukan saja dianggap satu kempen, malah dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian masyarakat.
Tidak mengenal golongan, Perdana Menteri ke-9 itu juga dilihat mesra rakyat apabila keberadaannya di beberapa lokasi sebelum ini di luar protokol kebiasaan.
Semalam, Ismail sempat membuat ‘kunjungan’ mengejut kepada beberapa media yang sedang sibuk menyiapkan berita selepas Sidang Media Khas berhubung kebenaran rentas negeri yang diadakan semalam.
Menerusi rakaman video berdurasi lebih 1 minit itu, dapat dilihat Ismail menyapa petugas media yang apa yang sedang mereka lakukan.
Video itu juga turut dimuat naik beberapa petugas media sehingga menjadi viral di laman sosial seperti TikTok dan Instagram.
Tidak dinafikan, Ismail sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri juga memang dikenali sebagai pemimpin yang mesra media. Jadi, tidak mustahil dia juga sangat disenangi oleh petugas media yang hadir membuat liputan. – KopiPlanet.com



