Cerita ArtisHiburan

Kunjungan Ustaz Ebit Lew Tambahkan Semangat & Beri Aura Positif Kepada Elyana

Penyanyi popular Elyana mendedahkan bahawa baru-baru ini dia telah dikunjungi pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan di Instagram berserta dengan beberapa keping gambar yang dimuat naik.

“Alhamdulillah…Rezeki saya dan keluarga malam ini dapat kunjungan istimewa dari ustaz @ebitlew. Kunjungan ustaz ini menambah kan semangat dan aura positive kepada saya. Banyak ilmu yang saya dapat malam ni.

“Terima kasih ustaz @ebitlew kerana sudi menziarahi saya. Semoga ustaz dan keluarga selalu dalam lindungan Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik,umur yang panjang dan bahagia di dunia dan akhirat,” ujarnya.

Seperti diketahui ramai, Elyana kini sedang berhadapan dengan penyakit kanser limfoma dan masih lagi terus mendapatkan rawatan di hospital.

Sebelum ini, penyanyi itu juga pernah mendedahkan tentang kos ubat kemoterapi untuk rawatannya itu yang berjumlah RM250,000. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button