
Lagu Baru Jonghyun Kritik Netizen, Gosip-Gosip Liar
Pihak pengurusan Jonghyun, SM Entertainment baru-baru ini telah mengeluarkan album terakhir penyanyi itu berjudul Artist/Poet.
Ini merupakan album solo terakhir Jonghyun yang juga merupakan ahli kumpulan SHINee.
Menerusi lagu #Hashtag yang dicipta sepenuhnya oleh Jonghyun, dia mengecam perbuatan netizen yang gemar mereka gosip liar dan memberikan komen-komen negatif terhadap para selebriti.
Dalam lirik-lirik itu, Jonghyun melahirkan rasa ‘marahnya’ terhadap netizen yang gemar menyampaikan khabar angin tentang seseorang selebriti itu tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Sebelum ini, Jonghyun pernah menerima pelbagai komen negatif netizen berikutan dia melahirkan pandangan bersikap terbuka terhadap individu yang mengamalkan hubungan sejenis.
Jonghyun ditemui mati bunuh diri di kediamannya di Seoul, Korea Selatan pada 18 Disember lalu.
Mendiang mengambil keputusan nekad itu selepas beberapa tahun berperang dengan masalah kemurungan. – KopiPlanet.com