Cerita ArtisHiburan

Lakukan Ibadah Umrah Bersama Suami, Uqasha Senrose Akan Buat Solat Hajat Untuk Mangsa-Mangsa Banjir

Hasrat pelakon popular Uqasha Senrose untuk melakukan ibadah umrah bersama suami, Kamal Adli sempena bulan madu akhirnya tercapai.

Menerusi satu perkongsian video di Instagram, pasangan berkenaan turut memohon maaf serta mendoakan mereka agar ibadah umrah yang akan dilakukan dipermudahkan.

“Kalau kami ada salah dan silap maafkan kesalahan kami berdua. Doakan kami mendapat umrah yang mabrurah.

“Sama seperti suami, kalau ada buat salah, silap, tersinggung, minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki,” ujarnya.

Sebelum ini, pasangan tersebut sudah merancang untuk menunaikan ibadah umrah bersama-sama selepas mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Dalam pada itu, Uqasha turut menyatakan dia dan suami akan sama-sama membuat solat hajat untuk mangsa-mangsa banjir.

“Kami akan ke sana untuk buat solat hajat untuk tolong mangsa-mangsa banjir yang tengah hadapi musibah di Malaysia. InsyaAllah.

“Salam takziah untuk semua mangsa-mangsa banjir, kami akan doakan Allah akhirkan bencana ni. InsyaAllah… Salam semua,” ujarnya.

Untuk makluman, ia merupakan kali ketiga Uqasha menunaikan ibadah umrah, manakala Kamal pula kali pertama menjejakkan kaki ke kota suci Mekah. – KopiPlanet.com.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button