Cerita ArtisHiburan

Lapan Tahun Dalam Bidang Lakonan, Janna Nick Tak Pernah Naikkan Harga

Pelakon Janna Nick menyatakan sepanjang lapan tahun dalam industri bergelar pelakon, dia belum pernah menaikkan kadar bayaran untuk setiap tawaran lakonan yang diterima.

Menurut Janna, dia selalu berbincang dengan pihak pengurusannya, LOL Entertainment berkenaan dengan tawaran, terutama sekali apabila melibatkan soal bayaran.

“Sejak lapan tahun lepas saya terbabit dalam bidang lakonan, saya tak pernah naikkan harga dan masih lagi sama.

“Saya selalu beritahu Afeeq (LOL Entertainment) supaya letakkan harga yang biasa-biasa sahaja dan setiap keputusan dibuat atas perbincangan bersama,” jelasnya.

Sementara itu, pihak pengurusan LOL Entertainment, Afeeq Abdul Wahab turut mengesahkan bahawa bayaran untuk pelakon di bawah jagaannya itu tidak pernah dinaikkan.

Ujarnya, sama ada artisnya itu menang, kalau atau tercalon dalam sebarang anugerah, pihaknya masih meletakkan harga yang sama.

“Pada saya kita akan ikut apa yang artis mahu, misalnya lakonan adalah pekerjaan yang dia cari makan. Lagipun buat apa kita nak terlalu demand.

“Apabila berbincang dengan mana-mana produksi untuk tawaran lakonan, kami ambil pendekatan ‘win-win situation’ dengan mereka,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button