EventHiburan

Layak Ke Separuh Akhir, Siapa Ganti Siti Nurhaliza Jadi Teka-Teki

Teka-teki mengenai penyanyi mana yang bakal menggantikan tempat Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk membawakan lagu Anta Permana hangat diperkatakan selepas penyanyi nombor satu negara itu menegaskan dia tidak akan menyertai sebarang pertandingan nyanyian.

Lagu Anta Permana ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini tersenarai dalam pencalonan 30 lagu yang layak mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34).

Wakil syarikat rakaman Universal Music, Amir Wahab memaklumkan pihaknya masih mencari penyanyi sesuai untuk mempersembahkan lagu berkenaan.

“Ketika ini pihak kami masih lagi mencari penyanyi yang sesuai untuk menggantikan tempat Siti. Kemungkinan besar, artis yanh dipilih itu bukan di kalangan penyanyi baharu.

“Segala keputusan muktamad mengenai pengganti Siti perlu mendapat persetujuan daripada komposer serta penyanyi asal lagu tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman 30 lagu yang mara ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) yang berlangsung di Balai Berita NSTP, Bangsar hari ini.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif SFMM34, Nurhul Huda Khalid berkata pihak produksi memberi sepenuh kebebasan kepada komposer lagu untuk membuat keputusan.

“Kami menerima siapa sahaja penyanyi yang dirasakan layak untuk mempersembahkan lagu itu. Malah, kalau tiba-tiba Siti mengubah fikiran untuk menyanyikan lagunya pada Anugerah Juara Lagu (AJL) 34, jika layak ke peringkat itu, kami tetap terima,” katanya.

SFMM34 akan berlangsung selama tiga minggu bermula 15 hingga 29 November ini. – KopiPlanet.com

Minggu Pertama: 15 November 2019

1.Drama Band : Drama
2. Ernie Zakri : Ku Bersuara
3. Shila Amzah : Tiada Dirimu
4. Sufian Suhaimi : Mencuba
5. Khai Bahar : 123
6. Khai & Nana : Satukan Rasa
7. Wany Hasrita : Terlalu Memuja
8. Siti Nordiana : Hatiku Milikmu
9. Ismail Izzani : Bidadari
10. Usop : Aku Yang Bersalah
11. Luqman Faiz : Kepuraanmu

Minggu Kedua: 22 November 2019

1. Datuk Seri Siti Nurhaliza : Anta Permana
2. Akim The Majistret : Rampas
3. Adira : Pujaan Hatiku
4. Naim Daniel : Sumpah
5. Ara Johari : Paku
6. Hafiz Suip : Kisah Cinta Kita
7. Muna Shahirah : Teguh Setia
8. Faizal Tahir : Ragaman
9. Sarah Suhairi : Pedih
10. Tomok : Bekas Kekasih
11. Haqiem Rusli : Lembah Kesepian

Minggu Ketiga: 29 November 2019

1. Kugiran Masdo : Dinda
2. Hazama The Penglipur Lara : Peneman
3. Marsha Milan : Bimbang
4. AmyleaxMegat : Tetap Kamu
5. Indah Ruhaila : Pudar
6. Aina Abdul : Sumpah
7. Aman Ra : Bangun
8. Datin Alyah : Jutaan Purnama

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button