• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Lelaki Romantik… Shah Rukh Khan Beri Amaran Kepada Anak Gadisnya

Dalam kalangan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara yang digelar Kings Of Romance gara-gara sering membawakan watak lelaki romantik dengan ucapan-ucapan yang memukau serta mendepakan tangannya untuk mengurat wanita.

Bagaimanapun, pelakon itu menyatakan bahawa itu semua hanyalah watak dalam filem. Malah, dia sendiri tidak pernah berlagak romantik di depan isterinya seperti di dalam filem.

“Kalau aku mendepakan tangan seperti dalam filem ketika berada di rumah, pasti aku akan dihalau oleh isteri,” ujarnya seperti dipetik Pinkvilla.com.

Pada masa yang sama, Shah Rukh Khan juga turut memberi amaran kepada anak gadisnya, Suhana Khan sekiranya ada mana-mana lelaki yang cuba mendekati.

“Kalau ada lelaki yang datang dan berkata ‘Rahul, kamu pasti pernah mendengar namaku’, jauhi dia. Perlu berhati-hati dengan orang sebegitu.

“Kalau berjumpa dengan dengan lelaki di sebuah pesta dan berkata ‘beri jalan, beri jalan’ untuk mendekatimu, tendang sahaja kakinya,” ujar pelakon itu.

Dia memberitahu bahawa karektor romantik yang ditampilkan dalam filem hanya sekadar di hadapan kamera sahaja. Di dunia sebenar, ia adalah perbuatan yang agak janggal untuk dilakukan.

Shahrukh menilai, sosok seromantis dirinya di dalam film hanya ada di depan kamera saja. Di dunia nyata, romantis bagi Shahrukh adalah sebuah hal yang tidak bisa terus menerus dilakukan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend