• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Lepas Dengar Lagu Kelabu, Ada Peminat Kongsi Kisah Mahu Bunuh Diri

Sejak dilancarkan pada minggu lalu, lagu Kelabu yang dinyayikan oleh YonnyBoii dan Azlan The Typewriter memberi impak tersendiri kepada pendengar.

Malah, terdapat cerita menarik tentang coretan seorang individu yang meluahkan perasaan terhadap dirinya yang dipresi sehingga mahu membunuh diri.

“Ketika kanak-kanak saya merupakan seorang cemerlang dan memasuki sebuah sekolah berprestij pada tahun 2017, namun telah disingkirkan kerana tidak mampu mengawal tekanan.

“Saya memasuki sekolah biasa dan sekali lagi disingkirkan pada tahun 2019. Saya tidak berbuat apa-apa dan rasa diri tidak berguna,” luah seorang pengguna YouTube bersama Vixen menerusi catatan di lagu Kelabu itu.

Luah individu itu lagi, dia merasakan dirinya lebih baik mati dan tidak mahu hidup sehinggakan dia mempunyai kecenderungan mahu bunuh diri.

>Baca: YonnyBoii Pernah Dituduh Ambil Pil Kuda Disebabkan Terlalu Hiperaktif

“Sebenarnya saya pernah cuba bunuh diri, namun tidak boleh kerana saya takut dan sedar tidak begitu kuat untuk berbuat begitu.

“Alangkah baiknya jika saya dapat berkongsi dengan lebih banyaklagi, tetapi saya rasa sekarang ini sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, YonnyBoii selaku penyanyi dan pencipta lagu berkenaan berharap agar Kelabu tidak dilihat dari sudut yang negatif.

“Lagu ini ditujukan kepada orang yang suka membuli. Lagu ni lebih kepada menghentikan buli kerana takut impak membuli ini menjadi lebih teruk.

“Kepada yang dibuli pula saya harap lagu ini memberi semangat kepada anda dan jangan sampai mahu bunuh diri kerana ramai yang mahu membantu anda,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend