AntarabangsaHollywood

Lily Allen Keluar Alat Mainan Seks, Terbuka Bicara Soal Onani

Penyanyi British, Lily Allen bekerjasama dengan satu jenama pengeluar mainan seks (sex toy) dari Jerman, Womanizer dengan mengeluarkan alat ‘vibrator’ yang bertujuan untuk memuaskan nafsu wanita.

Penyanyi berusia 35 tahun itu turut mengiklankan produk yang diberi nama Liberty itu menerusi laman Instagramnya.

Menurut pelantun lagu Littlest Things itu walaupun mengetahui isu mengenai seks adalah taboo (sensitif) untuk dibincangkan secara terbuka namun dia berharap semua pihak akan menjadi lebih berfikiran terbuka mengenai perkara itu.

“Alat mainan seks sering dilihat seperti satu perkara yang sensitif sebab ia melibatkan tentang onani. Salah satu cara untuk memecahkan taboo itu, kita harus berfikiran lebih terbuka untuk bercakap mengenai perkara ini kepada umum tanpa ada perasaan malu atau bersalah,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button