
Lima Tahun Tak Berlakon, Wawa Zainal Akui Agak Kekok Bergandingan Dengan Pelakon Hebat Termasuk Suami Sendiri
Pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal mengakui agak kekok untuk berlakon dengan beberapa pelakon hebat, termasuk suami sendiri iaitu Aeril Zafrel.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Wawa menerusi Instagram miliknya yang mempromosikan filem lakonannya.
“5 years tak berlakon kekok sangat digandingkan dengan pelakon hebat @aeril_zafrel @fauziahnawi @sabriyunus.
“Alhamdulillah semua sangat membantu Wawa dapatkan tune balik. Al maklumlah dah shy2 cat nampak camera,” tulisnya.
Wawa dan Aeril digandingkan bersama menerusi filem Sabda Kekasih yang akan ditayangkan di Astro First pada 24 Jun ini.

Selain itu, Wawa juga turut memuji pelakon baharu iaitu Sharifah Husna yang disifatkannya sebagai seorang yang sangat berbakat.
“Lepas tu pelakon baru @sharifahhusnaofficial yang sangat talented. I can feel husna boleh pergi jauh dalam industri dengan wajah yang cantik dan lakonan pun menjadi.
“I just cant wait untuk uall layan #sabdakekasih ni. Promise tak rugi sejam 20 minit uall .. yang penting sediakan tisu kat sebelah ok,” ujarnya. – KopiPlanet.com