AntarabangsaKpop

Lisa BLACKPINK Miliki Beberapa Kamera Bernilai RM82,000

Salah seorang penyanyi kumpulan idol Kpop BLACKPINK iaitu Lisa begitu dikenali sebagai seorang jurugambar yang sangat baik dalam kalangan peminatnya menerusi foto-foto yang diambil memandangkan dia turut memiliki lulusan profesional dalam bidang berkenaan.

Hal tersebut dibuktikan menerusi gambar rakan-rakannya sendiri dari kumpulan BLACKPINK yang diambil oleh Lisa dan kesemua mereka seolah-olah melalui sesi fotografi yang sangat cantik.

Justeru itu, dengan kemahiran tersebut, rata-rata peminat mengesyaki bahawa Lisa memiliki banyak kamera yang berlainan jenis dan hal tersebut sangat mengejutkan apabila dirinya memiliki beberapa jenis kamera yang kesemuanya bernilai lebih RM82,000 (US$20,000).

Kebanyakan kamera yang dimiliki oleh Lisa dihadiahkan oleh para peminatnya dan sebahagian daripadanya pula telah dibeli sendiri. Antara kamera termahal dimiliki olehnya adalah bernilai RM16,382 (US$4,000) daripada jenama Leica. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button