HiburanSelebriti

Madam Mariyah Sah Bercerai Talak Satu, Penyondol Jadi Punca Rumah Tangga 17 Tahun Musnah

Usahawan popular, Madam Mariyah telah mengesahkan bahawa dia sah bercerai talak satu dengan suaminya, Mr. S di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru setelah 17 tahun hidup bersama.

Madam Mariyah berkata, penceraian dengan Mr. S berlaku akibat daripada kehadiran orang ketiga atau penyondol dalam kehidupan rumah tangga mereka.

“Secara rasminya semalam saya sah bercerai dengan Mr. S dengan talak satu. Bukannya seperti orang kata talak tiga atau talak sepuluh.

“Saya tidak nafikan punca perpisahan kami adalah disebabkan penyondol (orang ketiga). Apa yang menyedihkan saya pernah nampak Mr. S dengan penyondol itu berdua dalam kereta,” ujarnya.

Pendedahan itu dibuat secara eksklusif oleh Mariyah ketika ditemui pada satu sidang media khas yang diadakan di Opera Cafe & Lounge, Starhill Gallery, Bukit Bintang.

Sebelum ini, pasangan itu pernah mencetuskan kontroversi apabila Mr. S menceraikan Madam Mariyah secara terbuka menerusi sesi siaran langsung di media sosial dengan lafaz talak yang ditaip di ruangan komen serta disaksikan lebih 200 penonton.

Dalam keadaan sebak, Madam Mariyah memberitahu apa yang menyedihkan apabila Mr. S terang-terang mengakui menyayangi penyodol tersebut.

“Dalam kejadian pada 3 Januari lalu, saya pernah tangkap mereka bersama dalam kereta. 

Masa tu saya terjah. Isteri mana yang tak terkejut bila nampak suami sendiri dengan perempuan lain? 

“Namun, dia pertahankan penyondol itu sehingga sanggup tolak saya sampai jatuh dan kepala saya berdarah. Saya bukan nak buka aib sesiapa pun.

“Saya tak pernah minta duit. Saya cuma nak dihargai dan disayangi. Kalau seorang suami itu baik, dia akan pertahankan rumah tangga dia,” ujarnya. 

Beliau berkata, sepanjang tempoh enam bulan Mr. S tidak pulang ke rumah, dia tidak pernah mencari atau menghubungi lelaki berkenaan kerana mahu melihat sama ada suaminya akan kembali atau tidak.

“Dia sendiri yang keluar dari rumah, bukan saya halau. Itu mestilah sebab penyondol,” ujarnya – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button