Cerita ArtisHiburan

Mafarikha Rakam Semula Lagu Kabut Serangkai Mawar Yang Pernah Dipopularkan Zaiton Sameon

Untuk kolaborasi bersama syarikat Luncai Emas, penyanti Mafarikha telah merakam semula lagu ciptaan Datuk M. Nasir iaitu Kabut Serangkai Mawar yang pernah dipopularkan oleh Zaiton Sameon dan dijadikan sebagai sebuah remake.

Mafarikha berkata, ia merupakan satu penghormatan buat dirinya apabila berpeluang merakamkan semula lagu berkenaan.

“Tidak dinafikan ibu saya antara peminat Zaiton Sameon dan lagu Menaruh Harapan yang paling digemarinya.

“Biarpun tidak pernah berjumpa dengannya, tetapi saya banyak mengenali dirinya ketika menonton filem Zaiton Ceritaku dan bagi saya dia adalah seorang legend,” ujarnya.

Ketika ditanya mengenai cabaran ketika rakaman, Mafarikha memberitahu timbul kerisauan ketika menyanyikannya secara live sehingga habis.

“Antara perkara yang saya paling risau ialah untuk menyanyikan lagu ini secara live sampai habis. 

“Selain daripada itu, saya mengambil tempoh yang lebih panjang untuk rakam lagu ini berbanding lagu yang pernah saya nyanyi sebelum ini untuk mendapatkan notes & phrase yang terbaik,” ujarnya.

Dengan lontaran suaranya yang lantang dan kebolehannya untuk menyampaikan emosi dan jiwa yang merinding dengan nyanyiannya, dipersetujui bahawa Mafarikha adalah calon yang terbaik untuk kolaborasi ini.

Untuk mencapai kualiti lagu yang diinginkan, produser berkaliber Ashraf Aasimudin telah dipilih khas oleh Mafarikha untuk menjadi produser kepada lagu Kabut Serangkai Mawar 2021.

Dengan kerjasama ahli-ahli Luncai Emas yang penuh bakat dan tunjuk ajar M Nasir sendiri, gubahan baru ini telah berjaya dijadikan sebuah ‘masterpiece’.

Penggubahan semula lagu Kabut Serangkai Mawar adalah usaha dan
kerjasama pelbagai pihak dan bakat, di mana hasilnya merupakan
satu penyampaian yang indah.

Mafarikha telah berjaya menyalurkan suara lantangnya ke dalam lagu ini dengan penuh emosi dan penghayatan, serupa dengan Zaiton Sameon namun dengan keunikan dan ʻcharacterʼ tersendiri.

Luncai Emas merupakan sebuah syarikat rakaman yang terkenal
dengan mempunyai keunikan tersendiri, yang boleh dilihat dalam
pemilihan artis-artis mereka yang mengikuti dasar bakat dan
identiti, yang lain daripada yang lain, berbeza dengan bakat tempatan
yang ada sekarang dan mepunyai seni yang tersendiri.

Menariknya, Mafarikha telah dipilih kerana kebolehannya yang unik, sekaligus menjadi satu-satunya artis wanita di dalam Luncai Emas. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button