Cerita ArtisHiburan

Mark Adam Tinggalkan Hot FM, Kini Tidak Lagi Bergelar Penyampai Radio

Penyanyi popular Mark Adam kini tidak lagi menjadi penyampai di saluran radio Hot FM.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi satu posting video di Instagram.

“Selamat Tinggal @hotfm976 terima kasih banyak dengan peluang yang diberikan. Kepada semua rakan2 saya di dalam kerjaya ni, terima kasih banyak dengan kerjasama dan ilmu yang di berikan.

“Teruskan mendengar HotFM guys banyak benda baik yang akan datang lepas ni! I wish everyone the best! Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Sebelum ini, Mark telah bergandingan bersama Fizie dan Riena Diana untuk slot Geng Pagi Hot.

Mark mula menggalas tugas sebagai penyampai radio Hot FM pada Februari lalu bagi menggantikan Shuib, – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button