Cerita ArtisGosip Panas

Marygrace Banyak Terima Undangan Persembahan Di Sabah, Rancang Mahu Buat Showcase

Penyanyi Marygrace Jane Peserga menyatakan kariernya sebagai seorang penyanyi semakin berkembang setelah menjuarai program realiti One In A Million (OIAM) awal tahun lalu.

Marygrace berkata, biarpun jarang membuat kemunculan di televisyen radio, namun dia banyak menerima undangan membuat persembahan di negeri kelahirannya di Sabah.

“Nak kata nama saya tenggelam itu tidak juga… selepas muncul juara saya merakamkan lagu Langit Tak Menjawab yang kemudian dijadikan sebagai runut bunyi (OST) drama.

“Selain itu, saya juga banyak mendapat undangan menyanyi di Sabah dan memang selalu berulang-alik memandangkan saya sudah menetap di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Marygrace berkata demikian ketika ditemui semasa sesi santai bersama pihak media yang berlangsung pada minggu lalu.

Pada masa sama, penyanyi itu juga tidak menolak kemungkinan untuk membuat showcase demi memenuhi permintaan peminat-peminatnya.

“Ramai juga yang meminta untuk saya buat showcase dan ia masih dalam pertimbangan. Kalau nak buat pun mungkin di Sabah kerana ramai permintaan daripada peminat di sana,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Marygrace memaklumkan dia kini turut menceburi bidang perniagaan dengan membuka sebuah bengkel cat kereta bersama seorang rakan kongsi.

Ujarnya, modal untuk membuka perniagaan berkenaan diperolehi daripada sebahagian wang hasil kemenangan berjumlah RM500,000 yang diterimanya selaku juara OIAM.

“Wang kemenangan yang diterima itu, saya gunakan sedikit untuk memulakan perniagaan. Selain itu, saya ada beli sebidang tanah yang akan didirikan sebuah rumah buat keluarga.

“Malah, saya juga memang mempunyai perancangan untuk mengerjakan ibadah umrah bersama ahli keluarga lain pada tahun hadapan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button